Nilai Diutamakan

Kod Etika Johnson Controls

Pesanan daripada CEO

Apabila Nilai Kita Mendorong Kelakuan yang Sesuai, Semua Orang Berjaya.

Baca selanjutnya

Program Etika & Pematuhan Johnson Controls

Nilai Diutamakan, Kod Etika kita ialah asas bagi Program Etika & Pematuhan Johnson Controls. Program ini ialah pendekatan bersepadu bagi memastikan kelakuan individu, operasi perniagaan dan budaya organisasi kita mengekalkan standard integriti yang paling tinggi. Melalui komitmen kepimpinan, komunikasi, latihan, pemantauan, mekanisma pelaporan dan cara yang lain, Program Etika & Pematuhan membantu kita mengenal pasti dan mengurus risiko etika dan pematuhan dengan selamat, serta mengendalikan perniagaan mengikut nilai-nilai kita.

Tanggungjawab Kita

Di Johnson Controls, semua orang, di mana-mana sahaja perlu mengetahui tentang Kod Etika dan mematuhinya pada setiap hari—tanpa mengambil kira peranan atau kekananan. Hal ini melibatkan semua pekerja, pegawai dan ahli Lembaga Pengarah. Pelanggaran terhadap Kod ini adalah serius dan boleh menyebabkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemecatan, berdasarkan keperluan undang-undang tempatan.

Baca selanjutnya

Membuat Pilihan yang Bijak
Bersuara dan Mendapatkan Bantuan