Bersuara dan Mendapatkan Bantuan

Bersuara – Suara Semua Orang Diambil Berat

Selalunya, perkara yang betul untuk dilakukan adalah jelas. Pada masa yang lain, suatu keadaan mungkin kelihatan rumit atau luar biasa dan kita mungkin tidak pasti tentang cara untuk meneruskan. Jika anda mempunyai kebimbangan, sila bersuara dengan segera. Bukan sahaja kita bertanggungjawab untuk berbuat sedemikian, tindakan itu membolehkan kita mendapatkan penjelasan dengan pantas dan menghindari kemungkinan masalah. Jika sesuatu kesilapan berlaku, tindakan itu memberi kita peluang untuk menyiasat dan membetulkannya.

Sumber

Terdapat beberapa cara untuk membangkitkan kebimbangan berkaitan dengan etika atau pematuhan. Anda boleh:

  • Membincangkan isu itu dengan penyelia anda
  • Membincangkan isu tersebut dengan penyelia atau pengurus yang lain
  • Menghubungi pasukan Pematuhan, Sumber Manusia atau Jabatan Undang-undang
  • Menghubungi Talian Bantuan Integriti 24 Jam Johnson Controls:

Toleransi Sifar untuk Tindakan Balas

Johnson Controls melarang tindakan balas. Sesiapa yang membangkitkan kebimbangan secara jujur tidak akan menghadapi sebarang bentuk tindakan balas—termasuk ancaman, gangguan, pengurangan waktu, pelepasan daripada pekerjaan atau apa-apa akibat negatif yang lain. Tindakan balas bertentangan dengan nilai-nilai kita dan melemahkan kepercayaan yang merupakan asas kepada kejayaan kita. Tindakan balas ialah salah laku serius yang akan menyebabkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemberhentian pekerjaan.

Dasar

Dasar Antirasuah
Dasar Sumbangan Amal dan Penajaan Majlis Amal
Dasar Komunikasi
Mineral Konflik
Dasar Konflik Kepentingan
Dasar Kontrak Kerajaan Persekutuan
Dasar Hadiah & Keraian
Dasar Antitrust dan Persaingan Adil Global
Dasar Perjalanan Perniagaan, Keraian dan Perbelanjaan Pekerja Global
Hak Asasi Manusia & Kemampanan
Dasar Sumbangan Politik
Dasar Privasi
Dasar Penyimpanan Rekod
Perhambaan dan Penyeludupan Manusia
Kepelbagaian Pembekal
Dasar Perjalanan, Hadiah dan Keraian Pihak Ketiga
Dasar Pematuhan Perdagangan

Kesimpulannya…

Kod Etika bertujuan sebagai sumber inspirasi dan panduan untuk kita bekerja bersama-sama bagi membina dunia yang lebih selesa, selamat dan lestari. Kod ini menunjukkan cara untuk mengamalkan nilai-nilai kita apabila kita mengejar peluang di samping melalui bidang yang berisiko. Kod ini tidak mungkin dapat merangkumi setiap situasi yang kita mungkin hadapi. Penting untuk bertanya soalan apabila kita tidak pasti tentang tindakan yang betul dan sangat penting kita membangkitkan sebarang kebimbangan yang kita mungkin ada. Kod ini menyertakan pelbagai sumber dan saluran untuk membantu kita melakukannya.