George Oliver

Pesanan daripada CEO

 

Rakan Sekerja yang Dihormati,

Kita hidup di dunia yang penuh dengan kerumitan, perubahan dan ketidakpastian pada setiap hari. Idea untuk memiliki lebih banyak kawalan terhadap alam sekitar yang kita hidup, bekerja dan melakukan perjalanan adalah meyakinkan dan memberikan kita kuasa. Pada tahun 1883, idea ini memberikan inspirasi kepada Warren S. Johnson untuk mencipta termostat bilik elektrik. Pemikiran asas yang sama inilah yang memberikan inspirasi kepada Johnson Controls pada hari ini: kita menjalinkan kerjasama dan berinovasi di seluruh dunia untuk menjadikan dunia ini sebagai tempat yang selamat, selesa dan mampan. Kita melihat syarikat kita sebagai syarikat yang melakukan lebih daripada sekadar membuat sesuatu; kita membawa perubahan.

Kita mesti sentiasa mengingati tentang gambaran yang lebih besar apabila kita bekerja dan berinteraksi dengan rakan sekerja, pelanggan dan dunia pada umumnya. Apabila kita berbuat sedemikian, kita sentiasa mengingati bahawa kesan keputusan dan tindakan individu kita, untuk kebaikan atau keburukan, boleh menjadi lebih besar daripada yang kita dapat bayangkan. Kepercayaan pelanggan dan reputasi untuk kualiti, kebergantungan dan integriti adalah sangat penting. Oleh itu, Nilai Diutamakan, Kod Etika Johnson Controls merupakan sumber yang sangat penting. Kita semua bertanggungjawab untuk mengetahui tentang Kod ini dan mematuhinya sepanjang masa.

Nama Kod ini penting; mencerminkan kepercayaan bahawa apabila kita mengutamakan nilai-nilai kita, kita membina perniagaan yang akan bertahan lama. Mengamalkan nilai-nilai kita menggalakkan budaya saling mempercayai dan menghormati. Lantaran itu, membolehkan kita bekerjasama, berinovasi dan melakukan kerja yang terbaik supaya kita dan pelanggan kita boleh berjaya bersama-sama.

Terima kasih atas semua usaha anda untuk membantu kita menjadikan dunia ini selamat, selesa dan lestari.

Yang ikhlas,

George Oliver
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif

Nilai Diutamakan