Kemampanan dan tanggungjawab alam sekitar

Beroperasi Secara Lestari dan dengan Cara yang Baik untuk Alam Sekitar

Cara Kita Berjaya

Kita membina komitmen terhadap dunia yang lestari ke dalam produk, perkhidmatan dan operasi harian kita.

Sebabnya Kita Mengutamakan Nilai

Kita percaya tujuan Johnson Controls adalah untuk bantu menjadikan dunia ini selamat, selesa dan lestari. Kita fokus pada masa depan, serta kesan positif yang kita boleh lakukan pada hari ini. Dalam dunia yang saling berhubung dan saling bergantung, meminimumkan kesan alam sekitar daripada operasi kita adalah penting sama seperti menghasilkan persekitaran dan penyelesaian tenaga yang paling pintar di dunia. Hal ini menjadikan kita rakan yang lebih baik terhadap masyarakat dan pelanggan kita.

Ciri-ciri Kejayaan

Kita menunjukkan komitmen kita terhadap penyelesaian dan operasi lestari dengan:

  • Menjadikan kelestarian sebagai pertimbangan utama dalam reka bentuk produk
  • Mengenal pasti peluang untuk mengurangkan kesan alam sekitar kita di samping mencapai kecekapan operasi
  • Secara giat mencari penglibatan dengan pihak berkepentingan tentang isu alam sekitar
  • Memenuhi atau melebihi semua keperluan undang-undang, kawal selia atau permit
  • Menggunakan standard global dan amalan terbaik Johnson Controls Manufacturing System (JCMS) dalam operasi kita di seluruh dunia
  • Mencari peluang untuk menjimatkan tenaga, air dan sumber asli yang lain
  • Mengurus sisa buangan dan sisa air dengan selamat dan mematuhi peraturan
  • Melaporkan kepada pengurusan dan mengendalikan sebarang kemalangan dengan sewajarnya, termasuk tumpahan, kebocoran atau pelepasan yang tidak dibenarkan
  • Mengambil tindakan peribadi setiap hari untuk mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula sumber