Mencegah salah guna dalam rantaian bekalan

Menghormati dan Melindungi Hak Asasi Manusia

Cara Kita Berjaya

Kita berusaha mengekalkan rantaian bekalan yang beretika dengan bekerja hanya dengan rakan perniagaan yang menghargai dan menghormati hak asasi manusia di mana-mana sahaja.

Sebabnya Kita Mengutamakan Nilai

Kita dipimpin oleh tujuan kita, yang termasuk komitmen untuk menghormati dan melindungi hak asasi manusia di seluruh dunia. Kita percaya bahawa menyokong orang dengan betul ialah faktor penting untuk masa depan yang cerah. Oleh itu, kita komited untuk mempertahankan rantaian bekalan yang beretika dan telus, yang bebas daripada buruh kanak-kanak, buruh paksa, perhambaan dan penyeludupan manusia.

Sebagai penanda tangan awal kepada Perjanjian Global Bangsa-Bangsa Bersatu, kami membuat hubungan antara hak asasi manusia dan penciptaan nilai mampan yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat.

Ciri-ciri Kejayaan

Kita berusaha untuk menghormati dan melindungi hak asasi manusia melalui operasi dan rantaian bekalan kita dengan:

  • Menyediakan keadaan bekerja yang selamat dan sihat di semua kemudahan Johnson Controls
  • Menghormati hak pekerja untuk mengatur dan membuat tawaran secara kolektif dan tidak pernah mendiskriminasikan wakil mereka
  • Memberikan bayaran yang adil dalam pasaran dan memenuhi atau melebihi semua keperluan undang-undang yang berkaitan dengan pampasan
  • Membolehkan pekerja untuk bekerja tidak lebih daripada waktu biasa dan lebih masa yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan
  • Melaksanakan usaha wajar yang sesuai pada rakan perniagaan yang berpotensi dan mematuhi dasar perolehan apabila memilih vendor baru, mencari mereka yang tidak melanggar hak asasi manusia
  • Menghendaki pembekal dan vendor mematuhi Standard Pembekal Global kita
  • Mengarahkan rakan perniagaan agar tidak membeli atau menggunakan mineral konflik
  • Melaporkan sebarang kebimbangan hak asasi manusia kepada Jabatan Undang-undang atau Talian Bantuan Integriti

Untuk panduan lanjut tentang menghormati dan melindungi hak asasi manusia, sila rujuk dasar kita tentang Hak Asasi Manusia & Kelestarian, Perhambaan dan Penyeludupan Manusia, Kepelbagaian Pembekal dan Mineral Konflik.

Mengutamakan Orang: Semuanya Saling Berkait

Hak asasi manusia adalah lebih daripada sekadar memeriksa rantaian bekalan kita. Ia tentang cara yang sewajarnya untuk melayan orang di tempat kerja, dalam pasaran dan dalam masyarakat kita.

Kita mengakui kesan positif yang boleh kita berikan sebagai syarikat global. Komitmen kita dalam bidang ini dicerminkan dalam Dasar Hak Asasi Manusia & Kelestarian kita. Dasar ini mengiktiraf banyak isu yang boleh menjejaskan hak asasi manusia, termasuk:

  • Kesihatan dan keselamatan
  • Keadaan bekerja
  • Sogokan dan rasuah
  • Menghormati alam sekitar
  • Tadbir urus
  • Laporan yang telus dan kebertanggungjawaban

Berfikir Terlebih Dahulu

S:

Baru-baru ini saya melawat kemudahan pembekal utama di negara membangun. Beberapa pekerjanya kelihatan sangat muda bagi saya. Sepanjang dua hari di sana, saya ingat melihat beberapa muka yang sama pada waktu awal pagi dan lewat petang. Saya tahu buruh kanak-kanak dan pelanggaran waktu kerja telah menjadi masalah di kawasan ini. Pembekal ini mempunyai reputasi yang baik dan meyakinkan kami bahawa mereka mematuhi semua undang-undan buruh yang berkaitan. Adakah saya bertanggungjawab untuk berkongsi kebimbangan saya atau membangkitkan perkara ini lebih lanjut?

J:

Sebagai penanda tangan Perjanjian Global Bangsa-Bangsa Bersatu dan menyokong hak asasi secara umumnya, Johnson Controls tidak bertolak ansur dengan buruh kanak-kanak atau salah guna buruh yang lain. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan bahawa terdapat pelanggaran undang-undang buruh atau hak asasi manusia di salah satu pembekal kita, anda mesti berkongsi kebimbangan anda dengan pengurusan, Jabatan Pematuhan atau Talian Bantuan Integriti supaya perkara itu boleh disiasat.