Sogokan dan bentuk rasuah yang lain

Mengendalikan Perniagaan Secara Jujur

Cara Kita Berjaya

Kita berjaya dan mengekalkan perniagaan berdasarkan kekuatan cadangan nilai kita dan dengan membina hubungan berdasarkan ketelusan dan kepercayaan.

Sebabnya Kita Mengutamakan Nilai

Mengutamakan integriti mengukuhkan reputasi kita sebagai rakan perniagaan yang boleh dipercayai dan boleh diharapkan. Kita tidak berminat untuk “membeli” perniagaan dan tidak berurus niaga dengan mereka yang menggalakkan atau bertolak ansur dengan amalan rasuah. Rasuah memudaratkan masyarakat, mengganggu pasaran dan menjadikan lebih sukar untuk semua orang melakukan perniagaan. Tanpa mengambil kira adat tempatan atau amalan syarikat lain, kita menolak rasuah dalam semua bentuknya. Kita mengelakkan walaupun penampilan tindakan yang tidak wajar, sama ada berurus niaga dengan kerajaan atau perusahaan swasta.

Ciri-ciri Kejayaan

Kita bersungguh-sungguh menentang sogokan dan bentuk rasuah yang lain dengan:

  • Tidak pernah menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa yang bernilai kepada pegawai kerajaan atau orang lain untuk mendapatkan kelebihan perniagaan
  • Menolak untuk menerima sogokan atau wang sogokan dan memberitahu Jabatan Pematuhan jika ditawarkan
  • Menyimpan rekod yang tepat dan lengkap supaya semua bayaran terperinci sejujurnya dan dana Syarikat tidak digunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang
  • Melakukan usaha wajar yang sesuai berkenaan pembekal pihak ketiga
  • Tidak menggunakan ejen atau pihak ketiga yang lain untuk membuat bayaran tidak wajar yang kita tidak akan membuatnya sendiri
  • Mematuhi Dasar Perjalanan, Hadiah dan Keraian kita dan Dasar Antirasuah dengan teliti
  • Melaporkan sebarang kebimbangan tentang bayaran tidak wajar yang berkemungkinan

Adakah Itu Rasuah?

Rasuah boleh berupa banyak bentuk dan kita mesti berjaga-jaga dengan tanda-tanda bahaya. Perkara ini termasuk pihak lain:

  • Enggan bersetuju dengan Standard Pembekal Global kita
  • Membantah keperluan kontrak antirasuah
  • Mengekalkan hubungan yang rapat dengan pegawai kerajaan
  • Meminta komisen tinggi yang luar biasa, bayaran tunai atau bayaran ke akaun dalam nama orang lain
  • Memberikan kelayakan yang boleh dipersoalkan untuk melaksanakan perkhidmatan yang diperlukan
  • Mempunyai reputasi melakukan amalan perniagaan yang boleh dipersoalkan

Berfikir Terlebih Dahulu

S:

Pasukan saya membida projek pembangunan semula bandar yang besar dalam pasaran yang sedang membangun. Walaupun kami tidak memerlukan rakan perniagaan untuk berjaya dalam projek ini, pegawai perolehan kerajaan bandar ini sangat mengesyorkan agar kami bertemu dengan syarikat tempatan untuk perbincangan menggunakan mereka sebagai subkontraktor. CEO syarikat itu dan pegawai perolehan itu nampaknya mempunyai perkaitan. Adakah kami seharusnya meneruskan dengan perjumpaan itu?

J:

Terdapat tanda-tanda amaran rasuah di sini. Pertama ialah cadangan bahawa kita akan berjaya mendapat urus niaga ini sebagai balasan kerana menggunakan subkontraktor yang mempunyai hubungan rapat dengan pegawai kerajaan dan perkara kedua ialah kita tidak memerlukan subkontraktor untuk memberikan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan ini. Rasuah boleh mengambil banyak bentuk dan tidak semestinya melibatkan sogokan secara terus kepada pegawai kerajaan. Dalam keadaan ini, anda perlu memberitahu pegawai perolehan tersebut bahawa tiada keperluan untuk subkontraktor yang dicadangkan dan dengan sopan menolak perjumpaan tersebut. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, berbincang dengan Jabatan Pematuhan atau Jabatan Undang-undang.