Kepelbagaian dan Kemasukan

Menghargai Bakat, Latar Belakang dan Perspektif yang Pelbagai

Cara Kita Berjaya

Kita memanfaatkan pelbagai bakat, latar belakang dan perspektif kami untuk wawasan dan inovasi yang luar biasa.

Sebabnya Kita Mengutamakan Nilai

Johnson Controls menarik, membangunkan dan memperkasa individu dengan pelbagai pengalaman, kemampuan dan sudut pandangan. Menghargai ciri kita yang unik dapat meluaskan perspektif kita dan merangsang idea baru. Kepelbagaian kita membolehkan kita menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih kreatif, membuat keputusan dengan lebih bertimbang rasa dan mengenal pasti peluang dengan lebih proaktif. Apabila semua orang merasakan bahawa mereka boleh memberikan sumbangan dan mengambil bahagian dalam kejayaan kita, pekerja, pelanggan dan pelabur kita semuanya mendapat manfaat.

Ciri-ciri Kejayaan

Kita memanfaatkan budaya yang pelbagai dan terangkum dengan:

  • Mendapatkan pendapat dan pendekatan alternatif secara aktif
  • Mendengar pendapat orang lain dengan penuh hormat supaya kita boleh mempertimbangkan dan mendapatkan manfaat daripada pandangan dan idea yang berbeza daripada kita
  • Melayan orang dengan adil dan menyediakan peluang yang sama kepada pekerja berdasarkan kelayakan dan kemahiran mereka
  • Meminta dan menerima maklum balas daripada orang lain

Berfikir Terlebih Dahulu

S:

Saya salah seorang daripada tiga orang wanita dalam pasukan saya. Dalam mesyuarat pasukan mingguan, agak jelas bahawa penyelia lelaki saya lebih memihak kepada idea dan pendapat rakan sekerja lelaki kami, kadang-kadang secara terbuka melemahkan saya dan wanita yang lain. Kami rasa diperkecil dan peluang kami untuk membuktikan usaha yang boleh kami lakukan dinafikan. Saya khuatir jika saya membangkitkan isu ini kepada penyelia saya, tindakan saya hanya akan menyebabkan beliau mengesahkan prasangkanya tentang wanita. Bagaimanakah saya boleh membuat perubahan yang akan membolehkan semua orang dalam pasukan memberikan sumbangan?

J:

Di Johnson Controls, kami menggalakkan persekitaran yang pelbagai dan terangkum yang semua orang boleh menyumbang ke arah kejayaan kita. Sebarang bentuk sikap berat sebelah terhadap jantina tidak menggambarkan nilai dan budaya yang kita mahu wujudkan. Anda perlu mempertimbangkan untuk bertanya kepada penyelia anda sama ada terdapat sebab yang khusus idea anda tidak dipertimbangkan. Jika langkah itu tidak menyelesaikan isu ini, berbincang dengan pengurus yang lebih kanan atau gunakan mana-mana sumber lain yang boleh didapati untuk membangkitkan kebimbangan, seperti berbincang dengan pegawai Sumber Manusia atau menghubungi Talian Bantuan Integriti.