Pematuhan kontrak kerajaan

Menghormati Kewajipan Khusus kepada Pelanggan Kerajaan kita

Cara Kita Berjaya

Kita menganggap suatu keistimewaan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan kerajaan dan memenuhi kewajipan khusus kita kepada mereka.

Sebabnya Kita Mengutamakan Nilai

Kita berteraskan pelanggan. Kita mengenal pasti bahawa pelanggan kerajaan selalunya mempunyai keperluan yang berbeza daripada pelanggan dalam sektor swasta. Kita mesti memberikan perhatian yang teliti terhadap keperluan ini dan mengikutinya dengan tepat. Langkah ini akan memastikan bahawa kita fokus pada perkara yang penting bagi pelanggan kita dan menghindari hukuman yang boleh memudaratkan perniagaan atau reputasi kita.

Ciri-ciri Kejayaan

Kita menunjukkan komitmen untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kerajaan dengan:

  • Mengetahui tentang keperluan penting kontrak kerajaan kita
  • Mematuhi semua undang-undang berkaitan kontrak dengan kerajaan dan berkenaan mengeksport produk atau data, serta Dasar Kontrak Kerajaan Persekutuan
  • Mematuhi peraturan pengambilan atau bekerja dengan bekas pekerja kerajaan atau pekerja kerajaan
  • Mengetahui dengan tepat cara dan masa untuk bertindak balas terhadap permintaan maklumat daripada kerajaan
  • Mengetahui tentang maklumat yang dikelaskan atau mempunyai sekatan khusus yang lain
  • Memastikan bahawa setiap dokumen dan komunikasi adalah tepat dan jujur
  • Jika perlu, menggunakan data kos atau penentuan harga yang semasa, tepat dan sah apabila menyerahkan cadangan
  • Mengelakkan daripada menerima maklumat yang tidak dibenarkan tentang pesaing

Sebab Kontrak Kerajaan Mempunyai Keperluan Khusus

Negara yang kita berkhidmat untuk kerajaannya mempunyai undang-undang yang direka untuk bantu memastikan bahawa: dana awam dibelanjakan dengan betul; proses perolehan dan kontrak kerajaan diurus secara telus, jujur, bertanggungjawab dan konsisten; dan keselamatan negara dan kepentingan awam dilindungi.

Banyak kontrak kerajaan kita adalah dengan Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat. Contoh undang-undang dan peraturan yang mengenakan keperluan yang rumit dan ketat pada kontrak ini termasuk:

  • Peraturan Perolehan Persekutuan (Federal Acquisition Regulation, FAR) mengawal cara agensi kerajaan membeli atau menyewa barang dan perkhidmatan
  • Tambahan Peraturan Perolehan Persekutuan Pertahanan (Defense Federal Acquisition Regulation Supplement, DFARS) merangkumi keperluan perolehan industri pertahanan
  • Peraturan Perdagangan Senjata Antarabangsa (International Traffic in Arms Regulations, ITAR) mengawal eksport dan import barang dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pertahanan

Berfikir Terlebih Dahulu

S:

Saya mengurus perolehan untuk kontrak Kerajaan Persekutuan. Saya baru mendapat tahu bahawa beberapa bulan yang lalu satu pembekal telah membuat perubahan yang sangat kecil pada spesifikasi komponen yang digunakan dalam produk yang dijual kepada pelanggan kerajaan. Pembekal memberitahu saya bahawa kami tidak diberitahu tentang perubahan tersebut kerana perubahan itu terlalu kecil dan boleh dikatakan menambah baik komponen tersebut. Walau bagaimanapun, saya bimbang bahawa penghantaran baru-baru ini kepada pelanggan saya mungkin tidak mematuhi kontrak kerajaan yang berkaitan disebabkan perubahan ini.

J:

Anda sememangnya wajar untuk berasa bimbang. Apabila berurusan dengan pelanggan kerajaan, kita mesti mematuhi keperluan kontrak dengan tepat. Jika kita gagal berbuat demikian—walaupun dengan cara yang kelihatan remeh dan tidak penting, atau perubahan yang kita fikir menambah baik item tersebut—pelanggaran kontrak yang terhasil boleh mencetuskan bukan sahaja penalti kewangan tetapi kemungkinan risiko untuk digantung atau dihalang daripada kerja kerajaan. Isu ini mesti dilaporkan kepada Jabatan Undang-undang dengan segera untuk mendapatkan nasihat tentang cara meneruskan tindakan, kerana ia mungkin memerlukan pendedahan kepada kerajaan.