Amalan pemasaran, jualan dan perkhidmatan yang jujur

Memasarkan dan Menjual Secara Jujur

Cara Kita Berjaya

Kita bercakap dengan yakin dan jujur tentang nilai yang kita berikan kepada pelanggan kerana hal ini membina kepercayaan dalam jenama kita.

Sebabnya Kita Mengutamakan Nilai

Johnson Controls mengutamakan integriti. Kita menjanjikan kejujuran dan ketelusan kepada semua orang yang berurusan dengan kita. Menjayakan perniagaan dan mendapatkan kepercayaan pelanggan bermula dengan cara kita menunjukkan penyelesaian kita dalam pasaran. Kita menunjukkan cara kita menambah nilai dengan cara yang jelas dan jujur, serta menyampaikan janji kita.

Ciri-ciri Kejayaan

Kita menunjukkan jenama kita dengan yakin dan jujur dengan:

  • Menunjukkan kemampuan produk dan perkhidmatan kita secara tepat
  • Memastikan bahan dan kontrak pemasaran mematuhi keperluan undang-undang dan kawal selia
  • Menumpukan pada faedah penyelesaian kita dan tidak mengkritik pesaing secara tidak adil
  • Menghindari taktik jualan tekanan tinggi dan “penjualan berlebihan”
  • Mendapatkan kebenaran yang betul untuk memuktamadkan urus niaga atau menandatangani kontrak
  • Bersikap responsif pada masa yang sesuai terhadap pertanyaan dan kebimbangan pelanggan

Berfikir Terlebih Dahulu

S:

Semasa mesyuarat jualan baru-baru ini, rakan sekerja saya menjawab soalan teknikal bakal pelanggan dengan tepat, tetapi pada pandangan saya, tidak lengkap. Tidak mahu bersikap bertentangan daripada rakan sekerja saya di hadapan pelanggan, saya bertanya kepadanya selepas itu ketika di dalam teksi. Dia berkata “Perkara yang saya bentangkan kepada pelanggan adalah betul dan perkara yang saya terlupa nyatakan adalah tidak penting bagi keputusan mereka. Oleh sebab mereka mengatakan kita berada dalam senarai pendek, kita boleh menjelaskannya pada mesyuarat akan datang.” Saya rasa kita tidak seharusnya menunggu dan perlu memastikan pelanggan diberikan maklumat yang sepenuhnya.

J:

Naluri anda betul. Apabila kita menunjukkan produk dan penyelesaian kita dalam pasaran, kita mesti menyediakan gambaran yang lengkap supaya pelanggan dan prospek boleh membuat keputusan berdasarkan maklumat yang lengkap. Kembali untuk menjelaskan maklumat pada ketika ini ialah cara yang baik untuk mendapatkan rasa hormat dan percaya daripada pelanggan. Pelanggan perlu diberi peluang untuk menilai dan menentukan perkara yang penting bagi mereka. Jika kita membuat jualan berdasarkan salah faham, kita berisiko merosakkan hubungan perniagaan dan juga reputasi kita.