Kesihatan dan Keselamatan

Memastikan Semua Orang Selamat

Cara Kita Berjaya

Kita memastikan diri kita dan orang lain selamat dan sihat, supaya kita boleh mencapai potensi kita sepenuhnya.

Sebabnya Kita Mengutamakan Nilai

Kita berjaya sebagai sebuah pasukan apabila kita mengutamakan kesejahteraan warga kerja dan pelawat kita. Tiada yang lebih penting daripada kesihatan dan keselamatan di tempat kerja; Visi Mudarat Sifar dan matlamat yang berkaitan memastikan kita fokus. Memastikan semua orang selamat ialah tanggungjawab bersama. Kita menjaga satu sama lain dalam aktiviti harian kita, untuk mencegah kecederaan dan kemalangan, serta mengambil tindakan yang sewajarnya jika kita melihat apa-apa yang boleh menyebabkan mudarat. Mengamalkan kebiasaan keselamatan yang baik melindungi kita, menjadikan persekitaran kerja kita lebih selesa dan membolehkan kita fokus pada memberikan pengalaman dan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan.

Ciri-ciri Kejayaan

Kita menggalakkan budaya Mudarat Sifar dengan:

  • Mengetahui dan mematuhi semua garis panduan dan prosedur keselamatan
  • Jangan mengambil risiko yang tidak perlu di tempat kerja atau meminta orang lain melakukannya
  • Berhenti melakukan kerja kita dengan serta-merta jika kerja itu menjadi tidak selamat, walaupun itu bermakna melambatkan pengeluaran atau kerja
  • Sentiasa melaporkan keadaan atau kelakuan yang tidak selamat atau tidak sihat, seperti bahaya di tempat kerja, peralatan yang rosak atau tiada, ancaman keganasan atau senjata di harta Syarikat
  • Mengetahui tindakan yang perlu dilakukan jika berlaku kecederaan atau kecemasan yang lain
  • Tiba di tempat kerja dalam keadaan bebas daripada sebarang pengambilan bahan yang boleh menjejaskan pertimbangan atau mengancam keselamatan

Berfikir Terlebih Dahulu

S:

Seorang rakan sekerja talian pengeluaran meminta saya sebanyak dua kali pada minggu ini untuk mengambil tempatnya semasa dia mengambil masa sebentar untuk rehat tidak berjadual. Ubat barunya menyebabkannya berasa pening sekali-sekala. Saya memberitahunya bahawa saya bimbang kesan sampingan itu mungkin menyebabkan dirinya dan orang lain berhadapan dengan risiko. Dia mengatakan bahawa tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan—dia akan mengubah ubatnya tidak lama lagi. Adakah saya perlu mengambil apa-apa tindakan?

J:

Kita semua wajib untuk bertindak jika kita menyedari tentang kemungkinan risiko kesihatan dan keselamatan. Gagal berbuat sedemikian akan melanggar Kod ini. Anda perlu menasihati rakan sekerja anda agar berbincang dengan penyelianya. Penyelianya mungkin mempertimbangkan penugasan semula tugas sementara atau penyelesaian lain. Anda perlu memberitahunya bahawa jika dia tidak mahu membangkitkan isu itu, anda dan orang lain akan berkewajipan untuk berbuat sedemikian. Kita menghormati hak privasi semua orang, tetapi keselamatan adalah yang paling utama.