Pemerolehan

Memilih Pembekal Kita Secara Bertanggungjawab

Cara Kita Berjaya

Kita memilih pembekal kita dengan adil dan objektif bagi memberi kita peluang terbaik untuk berjaya dengan pelanggan kita.

Sebabnya Kita Mengutamakan Nilai

Kita mahu membina hubungan pembekal jangka panjang yang bermakna, berdasarkan manfaat dan kepercayaan bersama. Hubungan ini membantu kita berjaya dalam pasaran dan memberikan pengalaman dan penyelesaian yang luar biasa kepada pelanggan. Kita mahukan pembekal yang berkongsi komitmen terhadap integriti dan bekerjasama. Apabila pembekal merasakan mereka menyumbang kepada kejayaan pelanggan, seperti kita, mereka berjaya apabila pelanggan kita berjaya.

Ciri-ciri Kejayaan

Kita mengurus perolehan secara bertanggungjawab dengan:

  • Melayan semua pembekal semasa dan bakal pembekal secara adil dan dengan integriti, tanpa mengambil kira nilai urus niaga atau tempoh masa hubungan
  • Mahu berurus niaga dengan pembekal yang memenuhi keperluan kita dan berkongsi nilai-nilai kita dengan sebaiknya
  • Mematuhi keperluan undang-undang (contohnya, U.S. Procurement Integrity Act dan Foreign Corrupt Practices Act)
  • Melakukan usaha wajar yang sesuai pada pembekal berpotensi untuk memastikan mereka layak dan bereputasi baik
  • Membuat pemilihan berdasarkan ukuran prestasi yang jelas, seperti kualiti, harga, perkhidmatan, kebolehpercayaan, ketersediaan, kecemerlangan teknikal, kepantasan penghantaran dan amalan perniagaan yang beretika
  • Menggalakkan asas pembekal yang pelbagai dan terangkum
  • Menghindari konflik kepentingan atau penampilan konflik kepentingan, dengan menghindari pemilihan pembekal berdasarkan persahabatan atau hubungan kekeluargaan
  • Tidak menerima hadiah, keraian atau apa-apa bentuk pilih kasih yang tidak wajar, yang mungkin menjejaskan pemilihan rakan perniagaan yang terbaik untuk Johnson Controls