Aktiviti politik dan melobi

Terlibat dalam Proses Politik

Cara Kita Berjaya

Kita menyokong proses politik yang adil, menyokong dasar perniagaan kita dan menggalakkan pekerja kita untuk terlibat secara aktif.

Sebabnya Kita Mengutamakan Nilai

Kita percaya bahawa penglibatan yang aktif dalam proses politik yang adil menggalakkan masyarakat yang sihat. Sebagai sebuah Syarikat, kita terlibat dengan pembuat dasar berkaitan isu dan kebimbangan yang penting terhadap perniagaan dan pelanggan kita. Kita menggalakkan pekerja untuk terlibat dalam politik di tempat mereka. Johnson Controls secara umumnya mengehadkan penggunaan sumber Syarikat untuk menyokong calon politik. Sebaliknya, Syarikat mempunyai Political Action Committee (PAC), dibiayai oleh sumbangan pekerja sukarela yang digunakan untuk menyokong calon A.S. yang selaras dengan kedudukan dasar Syarikat.

Ciri-ciri Kejayaan

Kita terlibat secara bertanggungjawab dalam proses politik dengan:

  • Menggalakkan penglibatan politik pekerja individu, termasuk mengundi dan menggunakan masa dan wang mereka sendiri
  • Menggalakkan pekerja yang layak untuk secara sukarela menyumbang kepada Johnson Controls PAC
  • Tidak menggunakan nama Johnson Controls untuk mempromosikan parti politik yang khusus
  • Tidak cuba mempengaruhi mana-mana agensi, wakil atau penggubal undang-undang kerajaan secara tidak wajar
  • Mengelakkan penggunaan sumber Syarikat untuk menyokong calon politik atau pegawai yang terpilih
  • Mematuhi semua undang-undang berkaitan, keperluan melobi dan pendedahan, serta Dasar Sumbangan Politik

Berfikir Terlebih Dahulu

S:

Pada masa ini saya melakukan aktiviti sukarela untuk ahli politik tempatan yang bertanding untuk jawatan. Saya telah diminta untuk membuat kain rentang bagi majlis kempen yang akan datang dan perlu mendapatkan ruang kerja yang besar untuk menyiapkannya. Saya mahu menggunakan bilik persidangan di pejabat untuk melakukannya. Saya akan menggunakan bahan saya sendiri dan hanya mengusahakan kain rentang itu selepas menyelesaikan kerja seharian saya untuk Johnson Controls. Saya juga akan memastikan tiada orang lain yang perlu menggunakan bilik itu bagi urusan Syarikat. Adakah perkara ini dibenarkan?

J:

Johnson Controls menghormati hak semua orang untuk terlibat dalam proses politik. Kita berbangga terhadap pekerja kita yang secara sukarela menyumbangkan masa dan wang mereka untuk menyokong kepercayaan politik dan calon pilihan mereka. Walau bagaimanapun, Johnson Controls tidak membenarkan penggunaan sumber Syarikat, termasuk ruang pejabat, untuk menyokong calon yang berkaitan. Kita mesti menghindari persepsi bahawa kita mempromosikan ahli politik atau parti politik tertentu. Oleh itu, penggunaan bilik persidangan tidak akan dibenarkan.