Tanggungjawab Kita

Di Johnson Controls, semua orang, di mana-mana sahaja perlu mengetahui tentang Kod Etika dan mematuhinya pada setiap hari—tanpa mengambil kira peranan atau kekananan.

Hal ini melibatkan semua pekerja, pegawai dan ahli Lembaga Pengarah. Pelanggaran terhadap Kod ini adalah serius dan boleh menyebabkan tindakan disiplin, sehingga dan termasuk pemecatan, berdasarkan keperluan undang-undang tempatan.

Johnson Controls mempunyai dasar yang menangani kebanyakan topik dalam Kod ini dengan lebih terperinci. Dasar-dasar tersebut boleh didapati di laman Etika & Pematuhan di SharePoint.

Kita bukan sahaja perlu mematuhi Kod ini dan dasar-dasar Syarikat, kita semua berkewajipan untuk mematuhi undang-undang yang berkaitan dengan kita. Kita bertanggungjawab untuk bersuara jika tidak pasti tentang tindakan yang perlu dilakukan atau mempunyai kebimbangan – terutamanya jika kita melihat atau mengesyaki salah laku.

Tanggungjawab Khas Pemimpin dan Penyelia

Pekerja yang mempunyai tanggungjawab kepimpinan dan penyeliaan bukan sahaja perlu mematuhi semua Kod ini dan menunjukkan contoh nilai-nilai Johnson Controls, tetapi turut berkewajipan untuk:

  • Mengingatkan ahli pasukan dan pekerja bawahan mereka secara tetap tentang kepentingan mematuhi Kod ini
  • Mencari peluang secara aktif untuk membincangkan tentang Kod ini dan nilai-nilai kita (sebagai contoh, semasa mesyuarat pasukan dan semakan prestasi individu)
  • Mengenal pasti dan memberikan ganjaran terhadap tindakan kepimpinan yang beretika, mengaitkan mereka dengan budaya dan hasil perniagaan yang dikehendaki
  • Meneruskan sehingga selesai tindakan mengurus akibat yang dihadapi oleh pekerja yang melanggar Kod ini dan/atau dasar-dasar Syarikat
  • Bertindak sebagai model peranan dan menunjukkan komitmen peribadi terhadap etika dan pematuhan dalam kata-kata dan tindakan kita
  • Memastikan pasukan-pasukan kita mengetahui cara berbeza yang boleh digunakan untuk melaporkan kebimbangan dan tindakan balas tidak akan diterima
  • Rekodkan apa-apa kebimbangan yang dibangkitkan kepada perhatian kita dalam Talian Bantuan Integriti untuk memastikan siasatan dilakukan dengan cara yang profesional dan saksama
  • Menegaskan bahawa kakitangan bukan pekerja (seperti perunding, serta pekerja sementara dan kontingen) bertindak selaras dengan Kod dan nilai-nilai kita

 

Membuat Pilihan yang Bijak